EN. DAUD BIN JAIS yang lebih dikenali sebagai Pak Daud 60, telah mengalami cacat anggota semenjak lahir (congenital anomaly). Kaki kanan beliau telah ditakdirkan berbentuk kecil dan katik. Pada usia kanak-kanak lagi beliau telah mula menggunakan kaki palsu, sehinggalah ke saat ini.
Setelah tamat sekolah rendah di Johor, En. Daud telah meneruskan pelajaran di Pusat Latihan Orang-orang Cacat di Cheras, Selangor sebelum diterima bekerja sebagai Pembuat Anggota Palsu (Orthopaedic Appliance's Maker) di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1971. Pada tahun 1980 beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Juruteknik Prostetik dan Ortotik, iaitu jawatan tertinggi di bidang ini di sektor awam.
murah dengan senyuman dan mudah didekati ..
Dalam tempoh perkhidmatan beliau selama 35 tahun, beliau pernah dilantik menjadi Presiden, Persatuan Orang-orang Cacat Malaysia, selama dua penggal. Beliau banyak membantu dan memberi khidmat nasihat kepada mereka yang cacat anggota terutama kepada pesakit-pesakit yang kehilangan anggota, disebabkan kemalangan, penyakit dan seumpamanya.
Sebagai pembuat, pengguna/ pemakai kaki palsu, tentu sekali banyak pengetahuan dan ilmu beliau yang dapat kita dikongsi bersama. Dalam menjalani tempoh persaraan wajib, beliau masih juga aktif dalam industri pembuatan kaki palsu (prosthetic manufacturing) dengan berkursus dan bekerja di beberapa syarikat swasta seperti Endolite Asia, dan Otto Bock Malaysia.
Mutiara Kata Pak Daud :
"Kecacatan Perlu Diatasi,
Kesengsaraan Jangan
Ditambah lagi"
Pak Daud sedang membuat
soket plastik Polypropylene menggunakan
mesin khas dipanggil "Vacuum Draping
machine "
Masalah Yang Sering Dialami Oleh Pesakit / Amputee :
Menurut Pak Daud, memakai kaki palsu tidak sama seperti memakai kasut yang dibeli
di kedai. Sebaik sahaja mendapat kaki baru, banyak masalah yang mungkin kita dihadapi :
1. Soket kaki palsu terlalu ketat atau terlalu longgar
2. Sakit pada bahagian stump dan kawasan bertulang
3. Melecet, bengkak dan luka serta berdarah
4. Tidak stabil semasa berdiri atau rendah sebelah kaki. Berjalan
tempang, atau kaku seperti kaki robot
5. Kerosakan komponen kaki palsu dari masa ke semasa
5. Kerosakan komponen kaki palsu dari masa ke semasa
Ciri-ciri Kaki Palsu Yang Baik :
Pengalaman Pak Daud menggunakan kaki palsu selama lebih 50 tahun mendapati
kaki palsu yang baik seharusnya :
Pengalaman Pak Daud menggunakan kaki palsu selama lebih 50 tahun mendapati
kaki palsu yang baik seharusnya :
1. Sesuai dengan keperluan dan tahap mobiliti seseorang pesakit
2. Tahan lama dan kurang kos penyelenggaraan/ pembaikan
3. Berfungsi dengan penjajaran yang optimum
4. Komponen dan mutu pembuatan berkualiti tinggi
5. Hampir dengan gaya berjalan normal (Normal gait of walking)
6. Harga yang berpatutan dan boleh dirunding
5. Hampir dengan gaya berjalan normal (Normal gait of walking)
6. Harga yang berpatutan dan boleh dirunding
Harga Kaki Palsu :
Harga sesebuah kaki palsu bergantung kepada paras amputasi dan jenis
komponen serta bahan yang digunakan untuk membuatnya. Ia tidak bergantung kepada
berapa lama tempoh diambil untuk membuatnya :
komponen serta bahan yang digunakan untuk membuatnya. Ia tidak bergantung kepada
berapa lama tempoh diambil untuk membuatnya :
1. Paras bawah lutut (Below Knee/ Transtibial) - RM 4,000.00 - 16,000.00
2. Paras atas lutut (Above Knee/ Transfemoral) - RM 9,000.00 - 30,000.00
membaiki kaki palsu sendiri -
Paras Atas Lutut (Right Modular
Knee Disarticulation Prosthesis),
berharga RM 14,000.00..
* Soket diperbuat daripada Polypropylene
dan Co-polymer Polyethylene
* Sendi lutut jenis 'Endolite 4-Bar Linkage,
hydraulic swing-phase assists'
* Tapak kaki jenis 'Endolite Multiflex Foot'
* Sistem gantungan jenis injap vakum
Kaki palsu dan Penyakit kencing manis (Diabetes mellitus)
Mengikut kajian di seluruh dunia, bagi setiap
30 saat, terdapat seorang insan yang kehilangan
anggota akibat dipotong (amputasi).
80% daripada keseluruhan amputasi adalah
disebabkan oleh penyakit kencing manis.
Di Malaysia, 1% daripada pesakit kencing manis telah menjalani amputasi. Ini adalah disebabkan luka penyakit
ini yang lambat sembuh dan boleh membawa maut.
Kaki palsu Transtibial (BK) yang
dihasilkan oleh Pak Daud ...
Kaki palsu Transfemoral (AK)
dengan komponen lutut
'four-bar linkage knee' Otto Bock
Apai .. gembira mendapat kaki palsu baru buat pertama kali !
Pak Daud boleh dihubungi di alamat berikut :
En. Daud bin Jais
No. 28, Jalan 35, Selayang Baru, 68100
Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
E-Mail : daudprosthetics@gmail.com
Tel. Rumah : 03- 6120 8785
Tel. Bimbit : 013-3922 723
Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
E-Mail : daudprosthetics@gmail.com
Tel. Rumah : 03- 6120 8785
Tel. Bimbit : 013-3922 723

No comments:
Post a Comment